Monday, May 28, 2012

Cuteness level : +999

This video just made my day. :)

Sunday, May 27, 2012

Learn To Let Go

Sebab kita terlalu biasa terbiasa berpegang dengan apa yang kita ada, yang lebih berharga mendatang pun kita takkan pernah perasan. 
Suara Kopi Hitam (2012)








Thursday, May 24, 2012

The King


Happy Birthday,

Eric 'The King' Cantona.

24 May 1966.


"When the seagulls follow the trawler, it's because they think sardines will be thrown into the sea."

Saturday, May 19, 2012

Plague of Happiness - Konspirasi (edited)

(original version)



(album version)

Thursday, May 17, 2012

Tahniah kepada mereka

Yang mana dah dapat placement IMU tu, tahniah la.

Yang mana dah dapat placement PMC pun tahniah jugak.

Yang mana dah dapat placement dekat Amerika sana nun, tahniah lagi sekali.


Tak kisah la twinning program ke, just local 5 tahun ke. Kalau saya yang dapat, mungkin tengah belanja kawan-kawan kepsi sekarang ni. At least tempat kau dah terjamin. Saya ni jangan kata tempat terjamin, dah lepas A-Level dapat 3A Star pun belum tentu ke sana lagi memandangkan saya tergolong dalam kalangan pelajar bengap bahasa German. Cuma kesian jugak kawan-kawan saya yang tak lepas interview ni. Belajar sungguh-sungguh 2 tahun, A-Level pun belum lepas dah tau tak dapat placement disebabkan interview je. Seriously, it doesn't make sense. Tak kan nak biar je mereka-mereka ni terbiar lepas A-Level?

Tuesday, May 8, 2012

A Level

Saya panggil spm omputih. Belajar macam spm tapi omputih je selalu ambik a level ni.

Selamat maju jaya kepada semua yang terlibat dalam spm omputih ni. Jangan risau, tak payah nak mintak maaf, mintak maaf dengan saya. Saya dah maafkan dah semua. Cewah.

Saat paling saya rasa terharu ialah bila dapat call dari kawan saya direct dari Indonesia. Thank you Achso, susah-susah  call saya sampai habis kredit. Sumpah tak sangka. Nasib baik saya steady je, tak nangis. Paling awesome, dia kata saya je junior dia yang dapat call dia. Blushing betul. Kepada Hanna yang wish siap bagi kismis, terima kasih banyak-banyak jugak saya ucapkan. Tak lupa Culoh yang text, terima kasih jugak jadi orang pertama yang wish. Tibayah juga, via twitter, terima kasih tibai. Dan akhir sekali Parok, rajin betul siap call, terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Macam biasa 15 minit sebelum setiap paper, saya akan call umi saya.

Saturday, May 5, 2012

Spark The Debate (Khairy Jamaludin vs Dato' Ambiga)

Ambil masa juga nak memahamkan video ni. Very professional act from both speakers.

Apa yang saya boleh katakan, finally ada juga benda-benda berfaedah yang berlaku dalam scene politik negara. Kan cantik kalau diadakan debate-debate macam ni instead of menyalak dalam paper je hari-hari.

Friday, May 4, 2012

Gaji minima dan Penswastaan.

Kerajaan patutnya dah aplikasikan benda alah ni sejak dulu lagi. Susah jadi perkerja swasta ni. Syarikat untung besar-besar, tapi gaji pekerja terutamanya lapisan pekerja terbawah sekali still around RM500-RM700. Bukannya ada pencen pun. Cuba kurangkan sikit mentaliti kapitalis tu. Keuntungan janganlah dibolot kesemuanya oleh majikan, apa salahnya jika dikongsikan dengan pekerja.

Tapi kita kena paham jugak. Bukan senang-senang nak laksanakan benda ni. Negara kita bukan macam korea utara. Negara kita mengamalkan dasar ekonomi terbuka. Means kekuatan ekonomi kita ada kait dengan jumlah pelaburan dari luar negara. Asia tenggara memang kita tahu, tempat syarikat-syarikat asing bertapak buat kilang selain China dan India. Sebab apa? Tenaga manusia yang banyak dan murah. Mentaliti ini yang buat kerajaan dalam dilema mungkin. Untuk tarik pelabur-pelabur asing, polisi gaji minima susah untuk dilaksanakan kerana bersaing dengan Thailand, Kemboja, dan Indonesia yang menawarkan tenaga kerja yang jauh lebih murah. Hasilnya hanya pekerja asing sahaja berminat untuk bekerja di syarikat-syarikat ini kerana gaji yang ditawarkan rendah. Jika polisi gaji minima ini dapat dilaksanakan, maybe dalam around RM900 atau mungkin lebih bergantung kepada kekuatan kewangan syarikat, sedikit sebanyak dapat menarik minat tenaga tempatan dan penggunaan pekerja asing dapat dikurangkan. Produktiviti pekerja juga perlulah ditingkatkan, setara dengan peningkatan gaji. Barulah ada win-win situation.

Lagi satu, berkaitan isu penswastaan. Sekarang ini semua institusi hendak diswastakan. Pendidikan, kesihatan, tenaga. Saya tidak tahu tentang anda, tapi apa yang saya nampak tindakan penswastaan ini banyak membawa kesusahan kepada rakyat. Saya ambil contoh, hospital swasta. Apa yang saya nampak antara keburukan hospital swasta ini ialah kos rawatan yang tinggi. Masih ramai rakyat Malaysia yang bergantung kepada hospital kerajaan atas faktor kewangan. Ini menyebabkan hospital-hospital kerajaan sentiasa penuh dan menyebabkan hospital-hospital ini menjadi kurang efisien dalam menangani jumlah pesakit yang ramai. Bilangan doktor pakar yang sikit pun satu masalah juga. Tapi itulah, skim gaji di hospital kerajaan untuk para doktor dan jururawat juga kurang menarik berbanding hospital swasta. Doktor-doktor pakar dan jururawat-jururawat yang berpengalaman telah ramai ditarik untuk bekerja di hospital swasta. Tinggallah doktor pelatih, doktor Mnyanmar, doktor yang terikat dengan bond JPA membantu sebilangan doktor pakar yang masih setia berkhidmat di hospital kerajaan. Tidakkah hal ini mengurangkan kualiti rawatan hospital kerajaan sendiri? Mungkin ada alasan lain, saya ingin tahu sebabnya.

Tuesday, May 1, 2012

Bersih 3.0

Saya percaya Bersih itu asalnya bertujuan baik. Gerakannya tidak dimiliki mana-mana parti politik. Demonstrasi ini sepatutnya boleh berjalan dengan aman. Tanpa perlu ada unsur syak wasangka dan dendam. Demonstrasi ini demonstrasi rakyat. Yang menyertainya adalah rakyat dan yang mengawalnya juga adalah rakyat. Namun bila motif politik sudah mula dijunjung dan mengaburi tujuan asal, lain pula yang berlaku. Rakyat Malaysia bila melibatkan pegangan politik masing-masing, akan mula rasa diri merekalah pejuang sejati. Rasa parti merekalah yang paling betul. Yang menyertai demonstrasi semuanya dianggap jahat. Yang mengawal demonstrasi semuanya dipanggil kejam. Tidak hairanlah bila ramai kawan-kawan saya yang terkenal dengan sifat rebel mereka, tidak berapa nak sokong Bersih kali ini. Agak tersimpang niat asal demonstrasi kali ini kata mereka.

Kebanyakan kita masih berperangai sakai. Yang didalam demonstrasi masih ramai yang sakai. Yang mengawal demonstrasi juga masih ramai yang berperangai sakai. Bukan semua tapi sesetengah. Jenis yang tak pandai nak behave. Malaysia negara yang penuh tatasusila? Pffft. Yang berperangai macam orang gila, terus dengan perangai gila mereka. Yang berlagak gangster, terus bersifat macam seorang kaki pukul. Kenapa perlu begitu? Berikanlah sahaja kebenaran, beberapa jam sahaja pun. Yang mana nak pergi berhimpun pergilah berhimpun sebagai seorang manusia bersivik. Berhimpunlah dengan penuh semangat agar pihak yang berada di atas dengar boleh dengar suara anda. Yang kena berkawal, berkawallah sebagai seorang manusia bertamadun. Bersabarlah kerana sudah memang tugas anda menjaga keamanan. Yang berhimpun tak kacau yang berjaga, yang berjaga tak kacau yang berhimpun. Cukup masa, masing-masing boleh pulang dengan aman. Tapi itulah. Bila angry man bertembung dengan angry man, apa yang boleh kita expect? Yang berhimpun mendapat sakit, yang berjaga mendapat malu.

Saya ada terfikir. Daripada keseluruhan jumlah peserta demonstrasi, berapa ramai yang pergi sebab betul-betul faham tuntutan Bersih? Berapa ramai pulak yang pergi sebab saja suka nak berdemonstrasi, yang ikut-ikut orang, yang kena tarik, yang nak jadi pemerhati?

Sila ubah mind set. Yang pergi bukan makna penyokong pembangkang. Yang tak pergi bukan makna pengampu kerajaan. Hak masing-masing sama ada mahu menyokong atau menolak.

INTEC Jr 3 - 0 UiTM (Accounting)


Padang JKR Seksyen 17, Shah Alam
27 Mac 2012